Tuesday, December 15, 2009

Magik man

Lama tidak menulis menjadikan jari-jemari ku kaki meneroka ruang keyboard. Sekirnya ia dalam bentuk tulisan maka bentuknya akan kelihatan seperti cakar ayam. Namun aku gagahi jua untuk post. Kali ini aku ingin membawa pembaca untuk menilai kearifan seorang membuat magik.

Tujuan magis atau magic sebenarnya adalah bertujuan untuk hiburan. Terpegun kita dengan melihat kelincahan tangan membalik-balik kad sehingga menjadikannya bertukar atau hilang pada pandangan. Terkagum pula pabila melihat kad tersebut datang semula. Padahal apa yang mereka buat adalah hanya kelincahan tangan.
Tetapi adakah kita terkagum dengan ciptaan Allah yang menjadikan dari tiada kepada ada. Tidak kagum pula kita apabila kita melihat Allah menjadikan langit tanpa tiang. Menjadikan gunung-ganang dan menjadikan manusia sempurna. Sekiranya kita menyatakan kagum juga dengan ciptaan tuhan mengapa kita enggan beriman dan sering melakukan kerosakan di muka bumi. Melakukan sesuatu seolah-olah terlupa bahawa jantung kita pada satu hari akan berhenti jua.
IZO
Monday, December 14, 2009

apa cite..jadual waktu (episod 81)

ada la satu malam tu kat surau..aku bertugas masa tu..masa isyak tu..sebelum qamat..tiba2 ada abang sorang ni berdiri..bukan nak nyanyi lagu negaraku..tapi nak buat pengumuman..tapi pengumuman yang aku rasa tak perlu sebenarnya..dia nak cakap..kat budak2 kecik yang belum baligh supaya buat saf di belakang..bagi aku tak payah la..diorang dah tau..tapi takpe la..

tapi masa dia buat pengumuman tu dia cakap lebih kurang..“anak-anak..diharapkan dapat mengambil saf2 dibelakang ye..”

aku yang duduk sebelah sorang pakcik ni pun cakap perlahan2..“saya pun anak jugak..”..pakcik tu pun spontan jawab..“aah betul juga tu..”..lepas tu kami pun gelak la sama2..tapi perlahan je..ehehe..

lepas tu abang tu sendiri yang qamat..aku ni yang bertugas bangun la nak ke tempat imam..masih menahan gelak..tapi gelak tu berhenti setibanya aku mangambil mikrofon..astaghfirullah..

puas aku mencari hikmah kenapa waktu solat sering berubah2..contohnya waktu zohor..mungkin hari ni masuk waktu pukul 1.05 petang..jap lagi 2,3 hari lepas tu 1.07 petang..atau pun berkurang jadi 1.03 petang..begitulah ia berubah2..begitu juga waktu solat yang lain

mungkin kita sudah biasa dengar tentang kenapa kita kena solat subuh, solat zohor dan solat2 yang lain..apa hikmah di sebalik solat 5 waktu etc..dari segi saintifik pun dah ada pakar2 yang menjawab..

tapi aku tak tau la sama ada aku yang ketinggalan zaman..atau aku memang betul2 tak pernah dengar..mengapa waktu solat lima waktu sentiasa berubah2 dalam seminggu mahupun sebulan..

kadang2 semakin cepat waktunya..kadang2 semakin lewat waktunya..begitulah ia bertukar2..

fikir punya fikir..akhirnya Allah jua yang bagi aku ilham untuk mencari hikmah di sebalik waktu solat yang senantiasa berubah2 ini..walaupun berubahnya hanya dalam 2-3 minit je..

aku mendapati barangkali di sinilah Allah ingin menguji kita semua umat Islam..ingin membezakan antara seorang Islam dengan seorang yang lain..

adalah menjadi satu kebiasaan bagi seseorang yang jaga waktu solatnya..dia akan sentiasa peka bila waktu solat akan masuk..kalau waktu solat masuk lebih awal..dia akan berusaha untuk adjust waktu dia..begitu juga kalau waktu solatnya lewat..seboleh2nya dia akan cuba sebaiknya mengubah waktu hariannya untuk awalkan waktu solat..

berbanding dengan orang yang kurang menjaga waktu solatnya..tak kira la waktu zohor masuk pukul berapa..sama ada awal atau lewat..waktu solatnya tetap sama..mungkin kalau terbiasa buat pukul 2.30 petang contohnya..maka begitulah setiap hari waktunya..maka tiada beza sama ada solat masuk lebih awal atau lewat..

kadang2 kita mengawalkan waktu solat kita hanya kerana kita ada urusan lain..seperti kita ada kelas pukul 2 petang..jadi kita kena awalkan..atau kita nak keluar malam waktu isyak..jadi takut balik lewat..kita pun dengan sendiri mengawalkan solat kita..cukuplah beberapa contoh..

dari sinilah Allah menguji kita sama ada kita patuh pada jadual waktu yang Allah tetapkan atau jadual waktu yang manusia tetapkan..

jadual waktu Allah sentiasa berubah2 bagi setiap waktu..untuk menguji sama ada manusia ini dapat menempuh ujian tersebut atau tidak

dan pastinya jadual waktu ciptaan manusia selalunya jarang sekali berubah..

contoh..waktu kerja setiap hari pukul 8 pagi dan waktu balik kerja pukul 5..waktu buletin utama tv3 pun setiap malam tetap sama pukul 8 malam..begitu juga jadual2 ciptaan manusia yang lain..

kita akan sedaya upaya berusaha bersungguh2 untuk mematuhi jadual ciptaan manusia ini..datang kerja sebelum waktunya..menunggu rancangan tv kegemaran juga sebelum waktunya..

tapi ramai antara kita yang kurang peduli tentang jadual Allah yang berubah2 ini..berubah2 untuk menguji kesetiaan ‘pekerja’ dengan ‘bos’nya..berubah2 kerana ingin melihat siapa antara kita yang bersedia untuk mematuhinya..

yang pasti..jadual manusia lah yang lebih dipatuhi kerana kita takut dimarahi bos angkara datang lewat..kita takut terlepas menonton rancangan kegemaran kita walaupun cuma seminit dua sahaja..kerana kita terlalu cintakan akan dunia (barangkali)

ayuh bermuhasabah diri kita bersama2..cubalah aplikasikan kepatuhan dua2 jadual ini dengan sebaiknya..agar kedua2 matlamat dunia dan akhirat kita seimbang.. insyaAllah..nampak mudah dari pandangan mata..tapi sukar sama sekali untuk dilaksanakan..

moral: alangkah uniknya jadual waktu ciptaan Allah..

voltox

Friday, December 11, 2009

apa cite..jamak (episod 80)

beberapa bulan lepas..masa abis je kursus jenazah kat surau tempat aku tu..tibalah masa yang dinanti2kan oleh semua yang hadir..iaitulah masa untuk menjamu selera..ehehe

masa tu dalam pukul 12 lebih kot..belum masuk waktu zohor lagi tau masa tu..(macam la korang tak tau..haha)..kebetulan aku makan dekat dengan pengerusi surau..

“i nak gi jakarta kejap lagi ni..sampai sana mungkin dah asar..mungkin i kena gi klia dulu..buat jamak..”

aku pun mencelah..

“sebenarnya dato’ boleh je buat jamak tu dekat surau ni..nanti lepas zohor nanti dato’ terus bangun buat asar 4 rakaat..niat jamak taqdim..takyah nak gi klia dulu pun takpe”

“oo yeke mcm tu..i tak pernah dengar pun..”

keliru kejap dato’ tu..takut pula aku dituduh bawa ajaran sesat..eheh..lepas tu dato’ tu pun tanya la ustaz yang ajar kursus tadi..dia pun setuju dengan cadangan aku..tapi dia ada cakap tak perlu dihebohkan sangat bab ni..kalau nak amalkan..amal untuk diri sendiri je..

dato’ yang masih keliru tadi tetap dengan keputusan dia..pergi klia bersama isteri tercinta sebelum zohor masuk..buat jamak qasar kat sana..

aku cuma nak berkongsi je..barangkali ilmu ini bermanfaat untuk kita semua..tapi aku nasihatkan..tak perlu la membawa ajaran ni ke merata2 tempat (apa ayat yg sesuai ni)..lebih baik untuk amalan sendiri je..

apa yang selalu kita dengar dan belajar masa kat sekolah dulu..kita kena keluar dari rumah dulu..kemudian barulah kita boleh buat jamak qasar..ye tak?ni la yang dato’ tadi buat..dan sudah pasti dato’ ni betul..

tapi jangan keliru antara jamak dan qasar..kita tidak semestinya perlu bermusafir untuk buat solat jamak..untuk buat solat qasar tu baru kita wajib musafir..

apa yang aku ingin kongsi di sini..contoh la kalau korang nak naik bas ekspress dalam pukul 8 malam..korang boleh je jamak kan solat isyak tu masa waktu maghrib..walaupun masa tu korang kat rumah lagi..

maksdunya..abis je beri salam..boleh terus buat isyak..kena ingat..jamak ni menghimpunkan je..jadi kena buat 4 rakaat gak isyak tu..bukan 2 rakaat..

rasanya ini lagi memudahkan..apatah lagi untuk orang perempuan..bukan la driver bas tu tak singgah kat mana2..tapi kadang2 tempat singgah tu sunyi..korang kan penakut..ahaha

jamak juga boleh dibuat ketika kita sudah sampai di rumah..(ni sesuai untuk yang berjalan jauh la..mana tau tak sempat nak berhenti..tapi kalau jalan dekat2 je rasanya takde alasan nak buat jamak)..yang pasti kita kena dahulu kan sama ada zohor atau maghrib dulu..contoh kita sampai rumah masa isyak..jadi kena buat solat maghrib dulu..baru buat isyak..

tapi kalau dah dalam perjalanan tu..baik berhenti dulu..boleh buat qasar serta jamak..lagi la ringkas..ye tak..tapi kalau tak sempat sangat berhenti..buat je jamak kat rumah..

apa pun..ni cuma sekadar perkongsian ilmu Allah yang maha luas..barangkali korang sudah tau..tapi tak semua orang tau..jadi atas sebab itulah aku nak berkongsi..cewah

apa2 pun..kalau rasa was-was..ikut la apa yang kita sudah belajar masa sekolah dulu..macam dato’ tadi tu..tanya la yang lebih arif..

yang penting apa yang kita buat tidak menimbulkan fitnah..atas alasan tu la..aku pesan tadi..kalau nak buat..lebih baik untuk amalan sendiri je..takyah nak kecoh2 kat orang lain..melainkan kalau orang tu boleh terima

insyaAllah..ini bukan ajaran sesat ye..ehehe..kiranya kalau tak musafir pun kita boleh la buat jamak..tapi tak boleh la buat hari2 sepanjang hidup..

moral: selamat hari lahir untuk diriku sendiri..ehehe

voltox
Tuesday, December 8, 2009

apa cite..jahil (episod 79)

lama betul tak post..rasanya macam dah takde cerita dah untuk aku kongsi..eheh

ramai antara kita termasuk korang (kecuali aku..hihi) suka sgt cakap ‘tau takpe’..harap2 lepas ni sape2 yang baca post ni jangan la sebut ayat ni depan aku..aku kurang suka sebenarnya..eheh..tapi takde la sampai marah..ehehe..

tapi kalau nak ikutkan..selalunya dalam Islam..tak tau takpe..dah tau kena amalkan mana yang termampu..betul tak..cewah..

ini cuma sekadar selingan..yang pasti memang aku kurang gemar mendengarnya..tapi ayat tu selalunya spontan je keluar kan..sebab dah terbiasa cakap..jadi takkan la aku nak marah..ye tak..eheh

lagi satu cikgu aku pesan masa kat sekolah dulu..kalau tak tau tanya..haha

satu malam..sorg ustaz ni bagi kuliah kat surau..dia ada kongsi cerita pasal sorang hamba Allah ni..katanya cerita ni berlaku kat klia..kira taraf VIP la hamba Allah ni..dia datang mendekati seorang pakcik..

“haji..haji rasa Allah tu adil ke?”..“kenapa pula?”celah pakcik tu..

“cuba haji bayangkan..orang yang mati zaman 70-an dulu..dengan orang yang mati tahun ni..pastu tahun depan kiamat..bukan ke orang yang mati zaman 70-an tu kena siksa lama..yang baru mati ni kena siksa sekejap je..adil ke mcm tu?”

ustaz tu cakap..haji ni buat2 tak layan je la..buang masa je layan orang mcm ni..hehe

ustaz ni sambung..“dia fikir siksa je..tentang nikmat masa kat kubur dia tanak fikir”

teringat pulak aku masa form 3 dulu..tengah2 main carom..(patut la tak pandai belajar..nak PMR pun main2 lagi)..jap lagi ada sorang member yang 3-4 tahun lebih tua dari aku tanya..

“adib..kalau nak ikutkan..setiap 11 saat..kat seluruh dunia ni mesti ada orang mati kan..malaikat maut pulak ada sorang je..ko rasa sempat ke dia nak cabut nyawa setiap orang dalam tempoh 11 saat tu?”

aku masa tu senyum je la..nak bagi jawapan pun aku tak tau..tapi lebih baik senyap kan daripada aku buat2 terer..ehehe..dari mana fakta tu dia dapat ye..

bagaimana pulak malaikat yang munkar dan nakir yang kat kubur tu kan..

lebih baik jangan layan kalau orang bagi soalan2 mcm ni..nanti kita jadi sama2 jahil macam dia..

kalau fikir Islam tu berdasarkan logik akal memang la macam tu..ye tak

kalau tak silap aku..jahil yang paling teruk sekali ialah jahil murakab..dah tau jahil tapi tanak belajar..

ada juga ustaz lain bercerita..ada orang tanya..malaikat jibril tugas dia menyampaikan wahyu..sekarang dah takde wahyu..agak2 apa malaikat jibril buat sekarang..amboi soalan dia..eheh

memang sedih sebenarnya dengan apa yang berlaku..ramai lagi umat Islam yang masih jahil..fikir Islam berdasarkan logik..tapi dah tau diri jahil..tetap ego tak mahu belajar..

takut apa yang berlaku masa zaman bani Israel berlaku kat masyarakat kita..bertanya bukan untuk tahu..tapi untuk mempersenda agama..

sekian untuk kali ini ye..sori banyak2.aku memang takde idea nak bercerita..mungkin post2 selepas ini sekadar buat syarat je..ehehe

moral: kita lebih risau kita jahil dalam bahasa inggeris daripada jahil tentang agama..

voltox

Tuesday, December 1, 2009

apa cite..jalan jem (episod 78)

pagi lepas solat raya hari tu..ada sorang pakcik ni cakap..“ingat highway je ke yang jem..masjid pun jem jugak..”

betul2..memang setiap kali abis solat raya atau pun solat jumaat..mesti jalan jem kejap kat masjid..kat mana2 tempat pun sama..yela masing2 balik waktu yang sama kan..

teringat pulak kata2 prof housemate aku..kata2 yang memang terkena batang hidung aku sendiri..menusuk kalbu..“kalau u perasan..lepas solat jumaat..berebut2 orang nak cepat2 balik..dah sesak jalan..cuba la kalau diorang solat sunat dulu..nanti bila jalan lengang boleh la balik..”..betul juga tu prof..tapi saya takpe prof..saya naik motor je..boleh cilok2..ehehe

kebetulan hari ahad hari tu (29 nov)..aku antara mangsa yang terperangkap jalan jem..atas sket dari restoran jejantas kat Melaka tu..sampai la ke seremban..lebih kurang 50 km tu..

mungkin aku silap timing sebab balik time esok nak kerja..memang meletihkan..aku tak pasti kalau di highway lain tempat mana yang selalu jalan jem..tapi kalau dari selatan ke kuala lumpur..tempat yang selalu punca jem ni ialah senawang..pelik aku..bukan pelik tapi benar..pelik dan benar

terfikir aku..kenapa la senawang ni asyik jem je..jangan2 asal usul nama senawang ni ialah..‘senang dapat wang’ kot..tu yang semua orang berpusu2 tu nak ke senawang..cewah..eheh

jadi tengah2 jalan jem tu..hati yang meronta2..istilah sesuainya geram dalam sabar..ternampak aku signboard yang semua orang familiar..‘ikut kiri kecuali memotong’

wah masa tu la aku terfikir..kata2 ni kadang2 tidak begitu praktikal..terutamanya di highway..apakan tidak..masa jalan jem la ramai orang ikut jalan paling kiri (laluan kecemasan)..relax je diorang potong..

kalaulah mereka bersabar..cewah..tapi aku bersangka baik je la..kalau diorang tak buat cmtu..mungkin lagi panjang la jalan jem..

masa tu juga aku terfikir cara2 nak kurangkan kesesakan jalan raya..cara yang paling sesuai ialah..berjalan kaki..ahaha..geliga sungguh kan..

apa pun ada iktibar disebalik jalan jem kat highway tu..

pelbagai manusia yang masuk highway tu mempunyai kenderaan yang sama jenis..yang berbeza jenis..baik dari kereta biasa hinggalah kereta paling mewah seperti merz n bmw..tak lupa juga yang bawa lori dan bas..

tapi apabila sama2 dah terperangkap jem..rasanya masa tu seolah2 tiada beza antara satu sama lain..tak kira lah kenderaan apa yang dibawa..masing2 terpaksa menggunakan kelajuan yang sama..masing2 kena lalui cabaran yang sama..hanya kesabaran yang membezakan..cewah..eh betul ke..eheh

mungkin bagi pemandu2..yang betul2 membezakan ialah sama ada kenderaan tersebut manual ataupun auto..tapi bagi penumpang..rasanya tak banyak beza..

tapi dalam keadaan jem tu..motor la yang paling laju aku tengok..relax je diorang kan..apa rahsia ye diorang dapat bawa laju..eheh

teringat aku masa naik kereta housemate aku..masa tu dia nak pergi bank..biasa la naik kereta..kalau ramai sket orang..memang susah nak dapat parking..cuba tengok aku..selalu naik motor..senang2 je dapat parking..

tapi kalau ada pak guard kat dalam bank tu..jangan pakai helmet bawa masuk ke bank..nanti dia ingat kita perompak..ala helmet buruk je..tinggal je kat motor tu..hihi

terfikir juga masa tu..mungkin inilah ibaratnya masa kita kat akhirat nanti..kalau kita umpamakan yang naik motor (aku la tu) tu orang miskin atau orang kebanyakan..dan yang naik kereta tu orang kaya atau orang berada..begitulah perumpamaan kita kat akhirat nanti..orang miskin yang akan dihisab dahulu..baru kemudian orang2 kaya..

sekian untuk post kali ini..tak tau nak tulis apa sebenarnya..panjang umur berjumpa lagi..eheh..selamat hari raya qurban ye..

moral: apa yang paling penting..kita semua selamat sampai ke destinasi..

voltox

Saturday, November 21, 2009

apa cite..muhasabah (episod 77)

ok korang..kali ini aku nak serius pulak..bila aku serius mesti ada yang tegur..geram tau..eheh..tapi ini betul2 serius (tak senyum pun ni)..[mungkin aku akan disallow comment..kecuali kalau ada permintaan orang nak komen..eheh]

baru2 ni..selesai saje membacakan doa lepas solat isyak..bila kami jemaah bersalaman..tiba2 mata aku terpandang wajah seseorang..masa tu aku seolah2 melupakan jemaah yang lain..rasa bagaikan mimpi..

kami hidup bersama lebih kurang 2 tahun lamanya..kami berpisah bila kontrak kerja dia dengan usim tamat..dan kebetulan waktu itu..rumah yang kami sewa telah dibeli oleh orang lain..staf usim juga..nak tanak aku harus berpindah..

baik aku berterus terang daripada membiarkan korang tertanya2..eheh..dia lah housemate aku..bergelar professor..seorang yang humble..pemurah dan banyak lagi sifat2 mulia yang ada pada dia..hingga tak terkata aku dibuatnya..cewah..

setelah hampir 5 bulan kami berpisah..tiba2 berjumpa semula..rupa2nya dia ada kursus kat hotel nilai spring selama 4 hari..bersembang sekejap..kemudian perbualan terhenti untuk tunaikan solat ba’diah..(teori 1+1 ni)..

tapi lepas solat tu dia terus keluar..aku lambat sedikit..bila aku keluar..dia dah nak sampai ke kereta..(jarak surau dengan tempat parking dalam 30 m)..kebetulan dia toleh belakang..nampak aku..dia patah balik..

sembang2 kejap..pastu dia tanya..“you ada duit tak ni?nah amek ni..”..dia bagi aku rm50..terharu masa tu..pastu sebelum kami berpisah dia pesan kat aku..“keep in touch ye..”..baik lah prof..selamat jalan ye..cewah..kalau setakat rm 10 boleh la aku buat kenangan duit tu (episod 68)..tapi rm 50..rugi kalau tak guna..ahaha

teringat lagi satu malam dia pernah cerita kat aku..

“I dulu pun jarang datang ke surau/masjid..tapi masa I umur 40-an tu I dilantik jadi bendahari kat masjid taman I (kat petaling jaya)..lepas tu la I agak rajin datang ke masjid”

kadang2 kita memang perlu ada ‘jawatan’ untuk sesuatu perkara..supaya kita lebih komited..

aku juga manusia biasa..kadangkala ada juga rasa malas untuk berjemaah di surau atau masjid..tapi mujurlah aku ada tugas (imam) di surau..kalau tidak mungkin aku pun tak datang

dalam episod 69 (jawatan) hari tu aku ada cerita aku nak letak jawatan..masa tu sebab aku baru berpindah ke taman baru..yang mana jarak rumah ke surau tempat aku bertugas dalam 3.5 km..jarak rumah baru ke surau taman baru ni dalam 300 meter..jarak ke masjid dalam 1.3 km..

masa tu aku fikir..aku cuma nak berjemaah je..kalau tak jadi imam pun insyaAllah aku datang berjemaah..tambahan pula jarak surau baru yang sangat dekat..maka sebab itulah aku fikir untuk letak jawatan..

tapi mungkin aku lupa ketika itu..aku cuma manusia biasa..ujian datang dan ujian pergi..kalau rahmat Allah tiba2 tidak datang..aku pun mungkin tidak pergi ke surau..

haruslah kita ingat..semua yang baik adalah rahmat dari Allah..

aku tidak pasti bila aku niatkan perkara ini..sama ada sebelum atau setelah aku dilantik jadi imam..pernah terlintas dalam hati aku..aku kalau boleh nak jadi imam surau atau masjid satu hari nanti..supaya aku rajin datang berjemaah..

seolah2 nampak macam tiada keikhlasan di situ..tapi harus lah percaya..kalau hidup ini dikatakan umpama roda..iman juga begitu..ada turun dan ada naik..adalah sesuatu yang membimbangkan apabila ia turun dan tidak akan naik kembali..(teori alif lam mim?)

akhirnya aku nekad untuk tidak meletakkan jawatan sehinggalah aku berpindah dan pergi jauh dari Nilai ini..dan aku sememangnya tidak pasti adakah aku akan rajin berjemaah setelah aku berpindah..sebab itulah aku ‘sayangkan jawatan’ aku sekarang..

percayalah..aku ceritakan semua ini bukan untuk dikatakan baik atau hebat..sekadar muhasabah diri..kerana aku tidak pasti siapakah aku untuk hari2 yang mendatang..ingatkanlah aku andai aku terleka..

tapi jangan pula ingatkan aku sampai tak lalu nak makan..ehehe

moral: iman kita sentiasa diuji..

voltox

Wednesday, November 18, 2009

apa cite..PPSMI (episod 76)

teringat aku kenangan jadi cikgu ganti bersalin masa 2005 dulu..masa cuti semester..aku ditugaskan mengajar subjek math moden dengan add math form 4..

seingat aku..aku ajar add math kelas yang nombor 1 dan 2..ajar math moden kelas belakang..ada 6 kelas semuanya..tak silap aku masa tu kelas2 belakang(kelas 3 hingga 6) pun diwajibkan amek subjek add math..

jadi masa aku ajar diorang math tu..aku tertanya2 dalam hati..pengiraan yang biasa2 pun diorang tak boleh..inikan pulak nak amek add math..terkilan juga aku masa tu..melemahkan semangat para pelajar je kan..

apa pun aku lebih suka mengajar kelas2 belakang sebenarnya..semua student termasuk cina dan india hormat aku..walaupun diorang memang suka main dalam kelas..aku pun tak marah diorang main2..haha..

kalau ajar add math kat kelas pandai2..student2 chinese ni agak kurang respek kat cikgu macam aku ni..rasanya kat cikgu2 lain pun sama..kalau aku ajar kat depan bukan diorang fokus sangat pun..yelah mungkin diorang dah pergi kelas tuisyen..apa yg kita ajar diorang dah belajar

ada satu hari tu..kat kelas no 2..ada satu group chinese ni angkat tangan..panggil aku..suruh jawab soalan..diorang tak dapat jawab..ditakdirkan aku dapat jawab soalan tu..korang tau apa reaksi diorang masa tu..diorang siap tepuk tangan lagi sebab aku dapat jawab..haha..tu la ingat aku tak pandai ke..eheh

bila kerajaan memperkenalkan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) beberapa tahun lepas..ada yang setuju..dan ada yang tidak setuju..namun dasar tersebut tetap diperkenalkan..

bagi aku..memang susah nak puas kan hati semua pihak..kalau kita tanya golongan2 elite seperti professor, peguam, doctor etc..sudah pasti diorang semua setuju cadangan PPSMI ni..tapi cuba tanya orang2 kampung..pakcik2 petani, nelayan..sudah pasti la diorang tak dapat terima..

tapi setelah beberapa tahun diperkenalkan..tiba2 nak dimansuhkan..pun ada pihak setuju..dan ada pihak tidak setuju

aku mempunyai pendapat peribadi aku sendiri..amboih..cakap macam aku ni professor je kan..ahaha..tapi aku tak pasti kalau pendapat ni dah dicadangkan ke tidak..takpe la..

subjek math ni lebih kepada berfikir..subjek sains pulak lebih kepada membaca dan mengingat..

bayangkan student form 4 (student aku tadi)..pengiraan basic dalam melayu pun susah..inikan pulak budak2 sekolah rendah yang baru nak kenal dunia belajar dalam english..

aku rasa PPSMI boleh diteruskan..tapi apa kata kita ubah sedikit konsep dia..kita ajar math dalam bahasa melayu..kita ajar sains dalam bahasa inggeris

rasanya ini lagi memuaskan hati ramai pihak kot..sebab math ni memang kena berfikir..sains pulak lebih kepada membaca..

sebab apa yang aku nampak..budak2 yang pandai english ni..diorang rajin membaca sebenarnya..baca novel, paper, dengar lagu english..dengan membaca pun boleh ‘improve’kan english..

lagi2 lah kalau anak2 yang mak ayah diorang bekerjaya professional..sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan buku kanak2 dalam english..malah mungkin mak ayah diorang pun speaking english dengan anak2..berbanding dengan anak2 yang mak ayah diorang kerja2 biasa je..

jadi sesuai sangat la subjek sains diteruskan dalam english..sebab lebih kepada membaca..dan matematik pula dalam bahasa melayu..tambahan pula term2 dalam english bagi subjek sains untuk sekolah rendah agak mudah..

pengalaman aku belajar kat matrik dulu..aku jumpa dengan kawan2 dari asrama penuh, mrsm etc..bila kat sana..apa yang aku nampak semuanya sama taraf je sebenarnya..tak kira sekolah kampung atau sekolah elite..cuma aku rasa rendah diri sket la ngan diorang yang asrama ni..

sebenarnya yang membezakan antara satu dengan lain ialah sikap rajin..itulah perbezaan ketara yang aku nampak..aku menyesal tak rajin belajar masa sekolah dulu..kalau tidak mesti pandai macam korang jugak..walaupun tak minum susu nespray..ehehe

apa pun ini cuma pendapat aku je..

moral: bahasa jiwa bangsa

voltox