Friday, April 15, 2011

apa cite..maksum (episod 166)

kalau aku ni seorang jutawan..tiba-tiba aku cakap kat kawan aku..aku nak beli mercedes minggu depan..mesti kawan-kawan aku percaya..setuju tak..

tapi kalau aku setakat orang kebanyakan..aku ucap perkara yang sama..mesti orang kata aku merepek..betul tak..tapi tidak salah pun kalau aku sekadar cakap..aku ada cita-cita nak beli kereta tu..tapi kalau tiba-tiba cakap nak beli minggu depan..tak ke pelik tu..eheh

jadi kita kena sedar siapa diri kita..kena ukur baju di badan sendiri..tapi kalau kita nak tempah baju..selalunya tukang jahit akan ukur baju kat badan kita..macam mana tu..hihi

baru-baru ni aku ada baca komen di satu blog politik..tentang video yang hangat diperkatakan sekarang ini..jadi pengkomen tu kata lebih kurang..“dia bukan maksum pun..”

apa yang aku lihat..istilah maksum sekarang ini digunakan untuk dua tujuan..ini sekadar pandangan aku..yang pertama..untuk menjatuhkan seseorang..yang kedua..untuk mengambil kesempatan

untuk menjatuhkan seseorang..atau menguatkan hujah kita..lalu kita kata seseorang itu tidak maksum..maka dia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan

pertama sekali kita kena ingat..kita ni sekadar insan biasa..atau istilah lain..sekadar orang awam saja..jadi bila menjadi orang awam..yang mana kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa..dan hampir setiap hari melakukan dosa..adakah kita layak untuk ‘memakai’ istilah maksum itu..

aku buat jahat dengan kawan..kemudian aku pun minta maaf dengan kawan tu..lalu aku pun kata..“minta maaf ye..aku ni bukan maksum..”..layak ke aku gunakan istilah maksum di sini..

seolah-olah kita mempermainkan istilah ini

baik..situasi yang kedua..beberapa tahun kebelakangan ini..ada golongan-golongan agama yang suka benar memandang rendah terhadap amalan orang lain..

mereka suka menuduh orang lain melakukan bid’ah..kononnya apa yang orang lain lakukan itu tidak ada dalam amalan nabi muhammad s.a.w

lalu bila kita katakan..amalan ini juga dilakukan oleh ulama-ulama..mereka dengan tegas menjawab..“ulama bukannya maksum pun..kita kena ikut nabi..bukan ulama..”

adakah kita kenal khalifah ar rasyidin yang empat..?..adakah kita kenal imam mazhab yang empat..?

ingin aku bertanya..mereka memang tidak maksum..tapi adakah kita dapat mencari kesalahan mereka walau sebesar zarah..?aku yakin..tiada siapa yang berani mengatakan sedemikian ..kecuali lah mereka yang bukan dari kalangan ahli sunnah waljamaah..

dari segi kesalahan akhlak pula..aku yakin..tidak ada satu pun yang kita dapat cari…bukankah mereka ini tidak maksum..tapi pernah ke kita dengar mereka ini membuat kesilapan atau kesalahan yang jelas..aku tinggalkan soalan ini tidak berjawab..kerana pembaca sendiri sudah ada jawapannya

inilah berkat dari didikan insan yang maksum..khalifah yang empat mendapat didikan langsung dari nabi s.a.w..begitu juga sahabat-sahabat lain..dan imam mazhab pula..walaupun tidak dapat berjumpa dengan nabi..tapi atas didikan oleh ulama lain yang juga tidak maksum..maka jadilah mereka imam mazhab yang kita kenal hari ini..

kita patut menghayati perjalanan hidup mereka yang sangat takutkan Allah ini..agak hairan juga apabila hari ini ada golongan-golongan agama yang suka memperkecilkan mereka lantas menggunakan istilah maksum sebagai hujah yang paling tepat untuk mengatakan mereka juga melakukan kesilapan

hujah yang selalu bermain di bibir mereka ialah..“ulama tidak maksum..”

seolah-olah mereka lebih ‘maksum’ dari ulama-ulama ini..

jadi..janganlah mengambil kesempatan atas istilah maksum ini..baik dari orang awam..mahupun golongan agama..

moral: istilah maksum yang disalah erti

voltox [12 jamadilawal 1432]

4 comments:

IZO said...

Assalamualaikum...

Oh, tak boleh ye kata kita ni tak maksum. Isk kena bertaubat banyak-banyak nih. Sebab aku selalu gak guna.. Hehehe. Ye

Besh-besh. Tak sabar-sabar nak baca post-post sheh yang terbaru.

Mamarita Mexicos said...

wah... voltox sekarang dah terkedepan. Makin berani. Makin menunjukkan kematangan.

Post2 sekarang bukan sekadar tazkirah.Tp byk bersangkut paut dgn isu2 semasa. Isu2 panas diketengahkan dlm cara sendiri.

Bagus dan teruskan.

Post berubah tetapi orgnye masih same, tetap se....l. Ok, adios.

voltox said...

izo

waalaikumussalam..

sy tidak kata tidak boleh..tapi sy lihat istilah maksum ini macam dipermain2kan pula..

apa pun izo kena faham..sy bincangkan dua situasi di sini..pertama menggunakan istilah maksum kepada orang awam yg tidak layak..dan ke dua..menggunakan istilah maksum kepada orang yang layak..iaitu ulama

namun istilah maksum untuk kedua2 situasi ini macam digunakan ke arah yg salah..sekadar untuk menguatkan hujah bagi menjatuhkan atau merendahkan orang dan/atau pendapat orang lain

berkenaan izo selalu guna tu..sy dapati izo ni ulama juga..ulama muda gitu..mungkin izo layak kot guna..=p

voltox said...

Mamarita Mexicos

terkejut sy bila dapat komen dari Mamarita Mexicos..sy igtkan komen spam..sebab post lama2 sy di blog frenster banyak dapat komen2 spam dari website yg ntah pape..

apa pun sy rasa Mamarita Mexicos ni mcm mzke je..ke adik beradik ni..

tapi sy tak mau la bersangka buruk pada mzke..dia tu baik tau orgnya..dia mana reti nak menyamar ni

apa pun sy tak la sengal macam mzke tu..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...