Saturday, April 16, 2011

apa cite..sejarah dan akhirat (episod 167)

[post ni siap malam tadi..aku ingat nak tangguh kan dulu post sampai minggu depan..tapi kejap lagi nak balik kampung..macam-macam boleh jadi kan..mana la tau umur tak panjang..jadi aku post juga..apa pun moga selamat semuanya..insyaAllah]

***************************************************************************

aku tidak pasti sama ada korang dah tahu pasal ni atau pun belum..tapi macam aku selalu cakap..mungkin sesetengah orang saja yang tahu..manakala yang lain tidak tahu..jadi tidak salah rasanya aku berkongsi ilmu pada yang tak tau..setuju tak..kalau tak setuju..terpaksa la aku berhenti di sini..bye-bye semua..

[konon-kononnya di hari yang lain..beberapa hari selepas itu]

aku sangat hairan kenapa korang tak setuju dengan kata-kata aku tempoh hari..aku kecewa sangat..aku sedih dengan korang..sampai hati buat aku begini..namun tidak mengapa..aku cekalkan juga hati aku..aku tetap nak berkongsi cerita juga..aku dah anggap peristiwa tempoh hari sebagai sejarah

amboih..sampai begitu sekali ye..ehehe

hari ini aku nak cerita tentang hubungan antara sejarah dengan akhirat..tidak pernah terfikir pun yang kedua-dua ini mempunyai hubungan..kan?setuju tak?aku anggap korang setuju tau..

ustaz abdul hayei abdul sukor dalam tafsir pedoman muttaqin juzuk 29 ada bercerita tentang perkara ini dalam mentafsirkan surah al-haaqqah..ustaz mengajukan soalan pada pembaca..dia kata..

“satu persoalan yang harus diambil perhatian iaitu al quran seringkali menayang sejarah umat terdahuu dan nasib malang yang menimpa mereka..kemudian menayangkan hari akhirat..apakah hikmah yang tersirat di sebalik bicara sejarah dan akhirat?”

satu persoalan yang sangat menarik untuk mengajak kita berfikir..setuju tak..asyik tanya setuju atau tak je dari tadi ye..eheh..

korang yang dapat sejarah A masa spm pun belum tahu dapat jawab tau..

ustaz memberikan tiga jawapan sebenarnya..tapi aku sekadar berkongsi dua jawapan saja..

pertama..akhirat sama juga dengan sejarah..kedua-duanya tiada jalan untuk mengetahuinya kecuali melalui bukti dan kesan-kesan purba yang ditinggalkan..orang yang mendustakan hari akhirat dengan alasan dia belum menyaksikan kehadirannya..samalah dengan mereka yang mendustai sejarah yang tidak berlaku pada zamannya..padahal buktinya jelasa sejelas matahari pada siang hari

kedua..antara sejarah dan akhirat mempunyai titik persamaan iaittu kedua-duanya mendedahkan balasan sebagai hukum terhadap tindakan yang salah..iktibar dari sejarah merupakan jalan yang sebaik-baiknya untuk menuju akhirat..

menarik kan hujah yang dikemukakan..

ustaz tu juga mengatakan sejarah itu guru..betul juga tu..kita patut mengambil ilmu sebanyaknya dari ‘guru’ kita ini..tiba-tiba teringat episod 154 [berulang]..adakah sejarah umat-umat terdahulu akan berulang kepada kita..?

jadi..apakah kita ingin memandang rendah terhadap ‘guru’ yang mengajar kita melalui kitab suci al quran ini..?kenapa tidak mengamalkan apa yang diajar..?

kalau kita tengok dalam bahasa inggeris..sejarah tu maksudnya history..bukan isteri tau..kalau aku pecahkan word history ni..akan jadi hi-story..cerita tinggi..mungkin tinggi dari segi nilai pengajaran yang patut diambil..apa pun aku hentam je ni..ehehe

moral: hubungan sejarah dan akhirat

voltox [13 jamadilawal 1432]

4 comments:

Mamarita Mexicos said...

Tak sangka sy menjadi org pertama menjadi org pertama meletakkan komen.

Mungkin sebab sy sudah mula tertarik untuk selalu mengikuti blog saudara.

Perkongsian kali ni memang menarik. Sesuai untuk direnungkan bersama.

Walaupun begitu, sy tak yakin ngn pencapaian sejarah voltox waktu skolah dulu. Terima kasih.

Ok, adios.

digitiminimi said...

assalammualaikum..
smoga slamat smpai dan slamat kembali..=)

hurmm~ menarik perkongsian awk nih..dan menarik jgk idea psl "hi-story" tuh..hihihi..

ada satu sabda rasulullah saw,
"umat islam yang baik adalah mereka yang tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali keduanya".

hurmm~ maka sejarah mampu menjadikan kita umat yg baik jika kita faham dan menghayatinya..

hurmm~ mmg sgt rapat hubungan sejarah dan akhirat ni kan..

subhanallah..
ALLAH sgt sayangkan kita..

hurmm~ anak yg derhaka tu dirujuk apabila seorang anak melawan ibu bapanya..
kalau ikut sejarah dulu22..
kisah derhaka pada sultan adalah contoh kisah hang jebat..

so derhaka ni,biasanya kita guna apabila seseorang yang kedudukannya lebih rendah,menentang yang kedudukannya lebih tinggi..

dlm Al-Quran,ALLAH SWT telah menerangkn kisah-kisah kaum yang derhaka kepadaNya..
kaum Nabi Nuh, kaum‘Ad,kaum Thamud,kaum Madyan,kaum Babylon,kaum Nabi Lut, Bani Israel..etc33

jika kita membaca Al-Quran dari hadapan hingga belakang,kisah kaum-kaum ini disebut beberapa kali.

Untuk apa ye?
Untuk kita lihat,merasakan kepentingan,betapa buruknya akibat mereka yang menderhaka kepada ALLAH SWT...
betapa sayang dan kasihnya ALLAH pada kita..subhanallah..

setiap hari masa berlalu kita sedang mencipta sejarah untuk diri kita sendiri..

setiap rekod sejarah amalan kita di dunia ini akan dipaparkan di akhirat kelak..

smoga kita tidak menjadi hamba yg menderhaka kpadaNYA..
dan smoga dgn menghayati sejarah kita lebih dekat denganNYA..mudah2n..

okies~

IZO said...

Assalamualaikum,

Isk, sapa yang tak setuju dengan post sheikh. Kami setuju belaka. Sejarah yang baik perlu jelas dengan kemuka bukti. Begitu juga dengan hari kiamat yang semakin hampir, penuh dengan bukti dan saksi yang jelas. Namun yang lebih ajaib, ramalan tentang kehancuran dunia bukan bertujuan untuk mengelakkannya dari berlaku. Tetapi perlu kepada persiapan untuk akhirat.

Wallahua'lam...

Erma Fatiha said...

tapi, terdapat satu perbezaan yang ketara:

1)sejarah adalah cerita yang lepas, manakala akhirat adalah sebuah cerita yang akan datang

2)sejarah merupakan cerita yang boleh jadi benar atau tidak(mitos)..tetapi akhirat sudah tentu pasti kerana ia janji Allah.Tidak ada yang salah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...