Wednesday, June 1, 2011

apa cite..segera (episod 168)

assalamulaikum..lama benar tak jumpa kan..ke mana korang menghilang ni..eheh..wah sebulan lebih aku menyepikan diri dari penulisan maya ni..

memang ada niat nak berhenti dari menulis ni sebenarnya..saja-saja..nak jadi unknown person je..best juga kan..aku takde facebook..takde twitter..friendster pun dah tak aktif..jadi hidup aku lebih kepada realiti..cewah..ehehe..

tambahan pula aku baru terminate broadband aku dua minggu yang lepas..lambat sedikit kot baru pasang semula internet..internet ni buang masa la sebenarnya..korang tak caya sudah..[ayat orang takde internet]

sebenarnya tiada apa pun ingin diceritakan kali ni..takyah la korang baca..boleh berhenti setakat ni je..eheh..

baik..aku nak cerita pasal tajuk segera..tiba-tiba rasa nak segera berhenti di sini pula..

sudah beberapa bulan dalam tahun ini..setiap kali aku ke masjid pekan nilai ni..aku akan melalui tiga jenis kedai nombor ekor..berdekatan dengan masjid tu juga..dalam 300-500 meter saja dengan masjid..aku tak kisah tentang jarak tu..ada aku kisah..

apa yang aku kisah..ramai benar pakcik-pakcik melayu Islam kita masuk kedai tu..aku suka curi-curi pandang setiap kali lalu situ..memang ramai..astaghfirullah..apa pun sebenarnya ni bukan perkara baru..lama dah aku tahu..

ramai kita hari ini suka pada perkara yang segera..kenapa agaknya

bagi adik-adik yang berhenti sekolah di awal usia..alasannya nak bekerja..cari duit..kalau belajar lama-lama lambat dapat duit..

bagi anak-anak muda yang couple-couple..ramai juga begitu..berkahwin dahulu sebelum bernikah..kerana ingin kenikmatan yang segera

pernah juga aku terdetik suatu ketika dahulu..kenapa perogol sanggup merogol mangsa..kenapa mereka tak berkenalan dengan minah-minah yang ‘sedia dirogol’ [kerana pakaiannya]..berkenalan la dulu kan..dah kenal-kenal..lepas tu..buat lah apa yang kau suka..sekurang-kurangnya kau tak dituduh merogol..tak pasal-pasal kena tangkap..

ini semua pastilah..kerana ingin mencari nikmat yang segera

begitu juga dengan pemakan-pemakan rasuah..mereka sanggup menerima rasuah demi untuk mengecapi sesuatu yang segera

kerana inginkan sesuatu yang segera..manusia sanggup lakukan apa saja..tidak kenal dah halal atau haram..sanggup mencuri..sanggup main nombor ekor..

orang-orang kafir dahulu..mereka kafir kerana mereka tidak percayakan akhirat..mereka mencabar nabi..bila kiamat akan terjadi..mereka [kononnya] inginkan kebenaran yang segera..apakah setelah kebenaran itu sampai..mereka akan beriman..dah kiamat dah weh..nak beriman apanya..tak sempat..

jadi kita sebagai umat Islam..usah mengharapkan sesuatu perkara itu disegerakan..usahalah dengan cara yang halal..tidak salah untuk mendapat perkara segera..asalkan halal

kita ada hari akhirat pakcik..jadi kepada pakcik-pakcik..masjid tu tak sampai 1 km pun pakcik..jom ke masjid..pakcik nak bagi makan kat anak bini pakcik tau kalau menang duit tu..

pernah dahulu abang ipar aku cerita..seorang pakcik melayu..menang duit nombor ekor..jadi dengan duit tu dia beli kereta..dia sangat sayang kereta itu..hampir hari-hari dia basuh dan cuci keretanya

namun..suatu hari..anaknya dengan tidak semena-mena mencalarkan kereta kesayangannya itu..apabila dapat tahu..lalu dipukullah anaknya itu kerana begitu marah..akhirnya dengan tidak disangka..anak kecil itu meninggal dunia akibat dibelasah teruk oleh ayahnya..

nasi sudah menjadi bubur...begitulah..habuan dan kekayaan segera secara tidak halal..kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan..eh apa kaitan ni..

apa pun tidak semua perkara yang segera itu tidak elok..ada juga yang elok..contohnya..mee segera..ehehe..tapi banyak nikmat yang segera ini tidak elok untuk diri dan masyarakat..

mudah-mudahan..iman kita dapat selamatkan kita dari mudah terpengaruh dengan helah dunia yang sangat sementara ini..

alamak..internet ni juga bukan ke sesuatu yang segera..ehehe..bukan salah internet..salah orang yang main internet..kihkih

sekian terima kasih..ehehe

moral: kerana ingin mencari nikmat yang segera

voltox [29 jamadilakhir 1432]

14 comments:

Anonymous said...

segerakan yang utama...^_^

~ QH ~

posmen Nilai said...

OH... patutla lame x post, rupenya taknak segera post

pakcik minat sup ekor said...

Pakcik raso pakcik perasan muko nkau maso nkau lalu tu.. cumo pakcik nak tegur tak sompek. Kalau nkau boronti la kn, buleh pakcik tumpang nkau ke masjid.

Kalau nkau sonang, singgah2 la iyo kedai pakcik. Kodai no. 3 lepas 2 buah kodai nombor ekor yg nkau sebut tu.

No plat nkau pun cantik gak kalau nkau nak try.

aku mzke said...

ahh....akhirnya...

da peram brape lamer ni?? Takkan amik mase lame sgt nk kira kedai no ekor smp lambat post ni published? Kemon la..

topik segera ni bagus jugak la dikupas memandangkan zaman skg yg serba serbi nk pantas.

Manusia sering teruji dgn masa dan kesabaran. Aku sendri pn kdg2 susah nk sbr menunggu. Bile xmau sbr tu yg nk segera.

Cume aku kompius ler, sebab ape ko tak sebut kedai yg keempat? Adekah sebab ko pegi kedai tu jd segan nak cite?


Hahahaha... gurau jer voltox, jgn marah yer.

cik ciput said...

segeralah ganti puasa bagi wanita2 yang belum ganti puasa kerana dah 1 rejab..x lama dah nak raya..

**saya pun suka benda2 segera ni..mcm mee segera..hehe..

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

allah bersama dengan orang2 yang banyak bersabar

teruskan bersabar dengan ujian2 dunia ea voltox.

moga berkat kesabaran dikurniakan nikmat yang tidak terhingga di dunia dan akhirat kelak

Anonymous said...

salam..

segeralah menyebarkan ilmu yg dimiliki untuk hamba2 Allah yg mencari dan mengingini...
mg berterusan penulisannya..jgn dfikir untuk berhenti sedang Allah memberi rahmat cerdas ilmu buat dirimu..mg sentiasa sabar..

voltox said...

QH..

terima kasih..insyaAllah

voltox said...

posmen Nilai

post segera mahal la posmen..pos laju murah sket..eheh

voltox said...

pakcik minat sup ekor

sy tak sangka pakcik minat sup ekor..kalau sy tau..sy belanja pakcik sup ekor hrtu..

pakcik perasan ye..sy tak tau pun ada kedai pakcik tu..ke pakcik punya kedai dah kena mandrem ni..sampai sy lalu pun sy tak nampak..bisnes pakcik bakal lingkup la cmni..eheh

voltox said...

mzke

eheh..tu la kan..rekod baru dicipta ni..sebulan tanpa post..hehe

betul tu..kita sekarang nak segera je..tp bila tunaikan solat..kita taknak segerakan pula kan..

wah..kedai ke empat tu kat semarak la mzke..dah tutup dah kedai tu..haha

voltox said...

ciput

pesanan tu untuk diri sendiri ye..heheh..mee segera ke mee maggi ni=p

voltox said...

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l

insyaAllah..terima kasih..Allah berserta orang yg sabar..amin

voltox said...

anonymous

alhamdulillah..terima kasih..sy mmg nak menulis..tp kadang2 nak berhenti menulis tu pn ada juga..semuanya dgn izin Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...