sudah beberapa bulan juga aku mengamalkan minum madu..sebelum ni memang tak pernah terfikir pun nak amalkan..tapi bila satu hari tu di masjid..ada buku tafsir quran juz 15 kot..aku saja-saja baca..ada tulis pasal kebaikan mengamalkan minum madu
peristiwa itu telah merangsang dan menguatkan lagi azam aku untuk mengamalkannya..
balik rumah..search juga di internet..cari kebaikan amalkan madu lebah ni..kemudian ada yang bagitahu..kalau nak tahu madu tu asli..semut takkan datang..kemudian elakkan simpan dalam peti ais untuk jaga keasliannya..entah betul entah tidak..eheh
jadi aku pun beli la satu botol madu..aku tak simpan dalam peti ais..tapi aku ambil langkah berjaga-jaga..mana la tahu madu aku beli tak asli..semut mesti hinggap [berdasarkan informasi di atas]..aku pun letak lah air dalam tupperware kecil..kemudian aku rendamkan botol madu tersebut dalam bekas tu
jadi..kalau semut datang pun..dia taklah dengan begitu mudah menghinggap [istilah apa yang lebih sesuai dari menghinggap ye] botol tu..perlu berenang-renang la kau semut kalau kau nak kan madu ni..hahaha..ketawa la aku dalam hati..jahat..
dan..kalau benar informasi tersebut..maka benarlah..yang madu aku beli tu tak begitu asli..aku dapat lihat semut-semut hitam kecil halus..banyak yang mati lemas akibat cuba mendapatkan madu itu..kegigihan mu aku kagumi duhai semut..berkata lagi dalam hati
jadi..aku pun buang la semut-semut yang mati dan separa lemas tu..kemudian ganti dengan air yang baru..nak dijadikan cerita..peristiwa sama berulang..semut-semut masih cuba datang untuk mendapatkan madu itu..
geram juga aku..terfikir juga..kenapa semut-semut ini tidak mengambil pengajaran dari peristiwa dan sejarah yang berlaku terhadap kaum dan rakan-rakannya..kenapa masih cuba melakukan perkara yang sama..lupakah semut-semut ini tentang peristiwa semalam..
lagi satu..kalau diperhatikan..semut selalu datang ramai-ramai untuk mencari rezeki..jadi..bila semut yang paling depan..atau semut yang pertama didapati lemas akibat tidak pandai berenang..mengapa pula semut-semut dibelakang tetap melakukan perkara serupa..
apa lah aku ni..dengan semut pun nak bertekak..eheh..tapi semut-semut tidak salah sebenarnya..mereka tidak mempunyai akal fikiran..mungkin aku lihat seolah-olah tindakan semut-semut lain itu sebagai tindakan bodoh..kerana mengikut saja tanpa mengambil pengajaran..
namun siapa tahu..semut-semut lain sebenarnya bukan tidak pandai..tetapi mungkin mereka sebenarnya berniat untuk menyelamatkan kawan-kawannya..
bagaimana pula semut-semut lain tahu untuk mengambil pelajaran..sedangkan umur mereka singkat..barangkali..semut-semut yang kemudian tu..ialah semut-semut yang baru lahir..tak sempat ibu bapa mereka ‘memberi didikan’..ibu bapa pun turut mati..
barangkali terkena pada batang hidung kita sendiri sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran..iaitu tidak mengambil pelajaran terhadap apa-apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling..
pastinya..Allah tidak menjadikan semut ini sebagai suatu yang sia-sia..kita manusia mungkin menganggap kehadiran semut di dunia ini seolah-olah tiada ertinya..tiada membawa keuntungan pada kita..malah menyusahkan..
kalau kita pandang rendah pada serangga-serangga kecil seperti semut..nyamuk dan lain-lain..jangan kita lupa..berapa ramai manusia mati kerana hidupan halus bergelar nyamuk ini
lihat..Allah tidak akan sesekali membenarkan manusia memandang rendah kepada orang lain..malah pada serangga halus seperti nyamuk..
kehadiran nyamuk juga membuatkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil membeli kelambu untuk mengelakkan dari gigitan..cuma yang peliknya..kenapa kita panggil ubat nyamuk sebagai ubat nyamuk..sedangkan nyamuk tak demam pun..dah mula merepek
jangan memandang rendah..hidup perlu ada kerjasama..ambillah pengajaran dari peristiwa-peristiwa lepas..insafilah diri kita yang hina dan amat kerdil di sisi Allah
kita rasa kita besar kerana kita tidak membesarkan Allah dengan sebenar-benarnya..kita memandang rendah terhadap orang lain kerana kita tidak merendahkan diri kepada Allah..
“sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan merendahkan diri kepada Tuhan, mereka itu penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya” [Hud:23]
memandang rendah itu bukan bererti menundukkan pandangan..menundukkan pandangan ialah suatu yang terpuji..“eleh macam lah aku tak tau” [korang berkata dalam hati..ehehe]
betul ke orang kata semut mati kerana gula..bukan kerana madu?=p
moral: jangan memandang rendah kepada orang
voltox [4 rejab 1432]



6 comments:
lagi 1 test utk check keaslian madu, ambil madu, masukkan dlm piring..pastu letak air sikit..goyang2 kan piring..kalau madu tu asli, ia akan membentuk bentuk2 heksagon mcm bentuk sarang lebah..tak percaya?cubalah..hehe..
*jgn pndg rendah kat nyamuk..nyamuk skrg dah imun dgn 'racun nyamuk'..hehe
hurmm~ assalammualaikum..
wahhh mengamalkan amalan makan madu..bagus33..tahniah =p
hurmm~ wahh byk benda yang boleh kita belajar dari sang semut yee..hihi..
jgn marah semut tuh..hihi..
kecil22 pun merupakan salah satu ikon utama dalam alquran..subhanallah.
awk ckp psl madu..sy teringat satu cite animasi pasal lebah..xingat tajuk cite apa..
hurmm~ cerita ni psl lebah yg dpt tahu bhw madu yang mereka hasilkan dimkn oleh manusia.
Mereka merasakan madu itu hak mereka krn mereka yang membuatnya.
lebah2 ni pegilah tuntut kat mahkamah..pastu dorg menang kes lah..hihihi..so segala stok madu dikembalikan pd lebah..
sbb dh byk stok,lebah2 ni pun xbekerja masing22..goyang kaki..
hurmm~ sbb tak ada lagi lebah yang bekerja,keadaan alam sekitar mula berubah..
sbnarnya ketika lebah kumpulkan madu bunga,mereka turut menyebarkan spora bunga agar kehidupan dapat berterusan di dunia ini...
Lebah telah diberikan ilmu oleh Allah untuk membuat sarang, mencari rezeki dan kemudiannya berkongsi rezeki yg mereka perolehi dgn seluruh makhluk dunia yang lain,termasuk kita manusia.
hurmm~ tamak dgn mengatakan madu itu hak dirinya sendiri..tak berkongsi dengan orang lain..telah mybbkan kerosakan alam..
hurmmm betapa dunia ini turut mengalami kerosakan..
Kerosakan jika kita manusia,mengingkari perintah Allah... wallahua'lam..
hurmm~ teruskan berkongsi ye...
jgn jadi mcm lebah kat cite animasi tuh...hihi
as sharing is caring!!!
okies!!!=)
alaa... org nk kawen, memang la ske minum maduu!!!
ciput
wah..menarik2..sy dpt ilmu baru hari ni..terima kasih ciput..hehe..tp sy rasa mmg madu tu tak asli la..
haha..betul juga tu..mmg diorg dah sekolah dah kot..relax je ngan racun tu kan..
digitiminimi
waalaikumussalam
hehe..aah kan..banyak juga la kita boleh belajar dari semut ni..
menarik cerita animasi awak kongsikan..kalau lah lebah2 ni mcm segelintir manusia yg mementingkan diri sendiri dan menganggap bagus..abis la dunia ni kan..tak seimbang gitu..hehe
terima kasih ye..
bakal qhodi
eh..dah bgtau dah..kat perenggan pertama tu..sbb terbaca buku..bukan sebab lain..eheh
Post a Comment