[agak panjang episod ni..rugi kalau baca skip..kalau rasa penat baca..baca sket-sket..eheh]
ini cerita sedih..jadi kalau rasa nak nangis tu..sediakan tisu cepat-cepat sebelum tisu bertukar menjadi organ..kerana tisu biasanya akan berubah menjadi organ sebelum menjadi sistem..itu apa yang aku belajar di sekolah dulu..
jangan marah..nanti kena jual
maaf..sekali lagi..ini cerita sedih..tiada senyuman terukir apabila anda membaca episod ini..
izinkan aku menggelarkan watak lelaki dalam cerita ini sebagai cempedak..dan yang perempuan sebagai nangka
jika nasi boleh menjadi bubur..cempedak tidak akan menjadi nangka..namun apa yang dibuat oleh nangka terhadap cempedak mungkin akan dikenang sampai bila-bila
pagi jumaat yang lepas [1 julai 2011]..sedang baring-baring di rumah di kampung..tiba-tiba di radio ikim..deejay tu cakap "tunang lain..kahwin lain"..rasanya masa tu dia tengah baca suratkhabar..aku berkata dalam hati.."siapa la tu.."
[apa pun cerita suratkhabar tu bukan cerita pasal mereka]
dalam pukul 11 lebih..aku dapat sms dari ex-classmate cempedak dan nangka..nama dia durian.."sampai hati encik adib tak bagitau saya..:("..amboi..siap buat smiley sedih tu..
masa tu aku tengah cas henfon..[yelah..nak beli smart phone tak mampu]..jadi aku baca tanpa membalas sms tu..
petang tu baru aku balas.."bagitau apa tu durian.."..dia jawab
"cempedak bukan kawen dengan nangka pun.."
serius..aku betul-betul terkejut..aku memang agak rapat dengan cempedak..kawan-kawan cempedak pun rasanya tau kitorang rapat..kira macam abang dan adik la..sebab tu durian agak kecewa aku tak bagitau dia..sedangkan aku sendiri pun tak tau..esoknya [2 julai]..nangka ditakdirkan berkahwin dengan orang lain
pandai cempedak sembunyikan kesedihannya..sungguh berbakat..
walaupun umur aku lebih tua dari cempedak..tapi rasanya macam aku ni adik pula..comel je dengar ayat ni kan..
cempedak dan nangka sebenarnya sebelum ini sudah bertunang..hampir setahun mereka sudah bertunang..
apa yang menyedihkan..bulan november tahun lepas..kami sama-sama mencari rumah sewa..dia rancang nak pindah sebelum kahwin..dia beritahu aku..dia dan nangka dah beli set perabot dah..
dalam bulan januari atau febuari tempoh hari [tak ingat sangat bulan berapa]..cempedak ajak aku pergi kedai buat kad jemputan di kajang..dia kata nak follow up apa yang dia dan nangka dah buat minggu sebelumnya..tarikh telah ditetapkan pada bulan jun untuk melangsungkan pernikahan
selepas tu..dia ambil baju pengantin yang sudah ditempah..
baik..selepas tu aku dah tak ambil tahu sangat pasal kedua-dua buah-buahan tempatan ini..sebab aku kalau pergi pasar malam..aku suka beli epal hijau
dalam bulan april..cempedak call [panggil] aku..dia kata.."kalau ada orang [panggil] tanya pasal saya..nanti bagitau ya.."
rupanya..dia nak beli kereta..jadi dia letak nama aku untuk dihubungi..tunggu punya tunggu tiada pula orang hubungi..ehehe..tengok-tengok dia dah dapat pun kereta dia..jadilah aku penunggu yang setia
dia pernah bagitau aku..dia tanak beli kereta selagi belum kahwin..pelik juga aku..banyak betul duit dia..lepas tu..dia beli jam tangan yang agak mahal..rm 400..beli smart phone lagi..banyak duit dia..padahal tengah kumpul duit nak kahwin..[dia kena kumpul sorang-sorang memandangkan si nangka masih belajar..ambil master]..
dalam bulan mei atau jun yang lepas [sekali lagi tak ingat]..aku tanya.."bila nak pindah rumah".."tak jadi pindah..".."abis tu macam mana lepas kawen nanti..".."duduk kat rumah sekarang je la.."..tenang sungguh jawapan diberi..
[punya la aku tak ambil tau..sampai aku sendiri lupa yang patutnya dia kawen bulan jun]
sehinggalah perbualan sms aku dengan durian tu..akhirnya baru aku tau..
cempedak seorang yang baik..nangka juga..zahirnya memang baik..dan ramai orang pun mungkin setuju dia baik..tudung labuh gitu..tapi..aku pernah tolong dia buat final year projek..sedikit sebanyak aku kenal juga la dia..aku agak tidak berkenan dengan nangka ni..alamak..terlepas cakap la...lalala
tapi aku tak pernah bagitau pun pasal ni pada cempedak..aku tidak mahu jadi batu api..tak elok meruntuhkan rumahtangga orang..
tapi bila dah geram..lepas aku tau petang jumaat tu..aku panggil [call] cempedak..minta kepastian..malam tu aku sms..bagitau yang sebenarnya aku memang tak berkenan pun hubungan mereka..
siapa yang tak sedih..
baju pengantin dah siap..kad jemputan lagi..saudara-mara dah tau..mana nak letak muka..
cempedak berasal dari keluarga sederhana..nangka pula agak berada..
setiap bulan..ayah si nangka bekalkan lebih kurang rm 500+ untuk belanja..mampu ke cempedak nak bagi..dengan sewa rumah [kalau dia jadi pindah..sewa rumah saja dah dalam rm 550]..nak bagi mak ayah lagi..belanja harian lagi..mampu ke..
rupanya ada pertelingkahan berlaku..[hakikatnya ini cuma alasan bagi orang yang tak kenang budi]..berlaku selepas peristiwa buat kad dan baju pengantin..[ni diceritakan sendiri oleh cempedak malam tadi]
bila dah bertekak ni..tambah lagi nak cari alasan putus..jadi semuanya diungkit..
cempedak seorang abang yang baik..dia tolong bayarkan dua adiknya yuran sekolah...tapi nangka macam tak setuju dengan tindakan cempedak..
cempedak juga ada bank-in rm 1000 setiap bulan pada nangka..untuk buat belanja kawen jika perlu..[masa tempoh nak dekat kawen masa tu]
lebih menyedihkan..sepanjang mereka kenal sampai dah bertunang..nangka sekali pun tak pernah jejak rumah cempedak..puas diajak..tapi tetap juga tanak..
masa ni aku cakap kat dia.."takkan tak perasan kot masa tu perangai dia.."
"kalau nak kawen ni dengan orang ni..kita bukan kawen dengan dia sorang je..kita kena kawen juga la dengan keluarga dia..ni dah nampak dah perangai nangka tu..ajak datang rumah pun tanak"..aku pulak yang bengang ye..
"saya ada bagitau dia..rumah saya kecik je..muat untuk dua orang je..tu yang dia tanak datang kot..tapi saya tak kisah sangat pasal tu.."..[biasa la..orang dah sayang..semua tak kisah..]
"kita ni lelaki..kalau boleh kita kena jadi suami yang superior dari isteri..jangan jadi inferior sangat dengan isteri.."
[insyaAllah..pasal superior inferior ni kita jumpa next episod..tapi bukan pasal cempedak]
belum kahwin dah demand-demand..nak rm 500+ juga setiap bulan..terima la seadanya..geram pulak aku..
semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..tapi bagaimana ia berlaku tu adakalanya sangat menyakitkan..semoga cempedak dapat jumpa yang jauh lebih baik..
tambah menyakitkan..baju pengantin lelaki tu sama sebiji macam baju yang cempedak tempah..memang takde perasaan bersalah langsung [yelah..warna baju tu pun nangka yang pilih]
kita patutnya kalau nak buat pilihan melalui istikharah..patutnya masa sebelum tunang lagi kita buat..tapi boleh pula nangka ni buat istikharah [nak pilih cempedak atau lelaki lain] masa tempoh bertunang..sedangkan cuma perselisihan kecil [yang sengaja dibesarkan] saja terjadi..
tapi kalau mata dah digelapkan dengan wang ringgit..tambahan pula sikap kacang lupakan kulit..buat atau tak buat istikharah pun..hatinya tetap pada yang kaya..semoga mereka bahagia..
bukan memperkecilkan solat istikharah..tapi caranya itu tidak betul..
semoga cempedak dan keluarga tabah dengan apa yang terjadi..aku bagaimanapun berasa sedih bercampur gembira..sedih dengan tindakan nangka..gembira kerana naluri aku selalu mengatakan nangka tidak layak untuk orang baik macam cempedak..
setajam-tajam duri durian..tupai pun mampu untuk menebuknya..tapi pernah ke kita dengar tupai makan nangka..bergetah tu..tupai pun takut melekat..[padahal cempedak pun bergetah juga..saja nak bagi nampak nangka tu jahat..]
bukan semua lelaki tu jahat..dan bukan semua perempuan tu baik
kalau kita buat kesilapan kerana kelemahan kita..itulah yang dikatakan kita ini tidak sempurna..tapi kalau kita buat kesilapan kerana kejijikan perangai kita..itu bukan kerana kita tidak sempurna..boleh jadi kita ini memang hina..na'uzubillah
cukupkah sebuah pengorbanan itu sekadar untuk dihargai..?
"I hargai sangat pengorbanan u selama ni..tapi I tetap nak cari lain..i'm sorry.."
serangkap pantun dari aku buat cempedak..
pergi sarawak sambut hari gawai
sambut bersama keluarga mertua
hina sangat ke kerja pegawai
jurutera pun tak lah sehebat mana
moral: Allah tidak membebankan hambaNya di luar kemampuan..
voltox [5 syaaban 1432]



12 comments:
saya tumpang sedih untuk cempedak...tapi xpe, mungkin cempedak dapat yang import seperti strawberi xpun kiwi.insyallah
kesian giler kat cempedak, seriusly rugi ah nangka tu buat mcm gini.. apela kurang si cempedak tu..
cempedak tu tak manis..tawar..haha
saya sebagai raja buah-buahan berharap, takkan ada lagi penindasan ke atas buah-buahan tempatan yang lain, terutamanya terhadap cempedak yg baik hati..
ucapan untuk cempedak, tabahlah!cempedak kena kuat menghadapi dugaan ni..anggaplah semua yang terjadi ni macam terkena serangan haiwan perosak..bnyk lagi buah-buahan lain yang sedap lagi berkhasiat.. :)
dan kepada nangka, semoga berbahagia bersama spirulina..
*dan kepada buah manggis, awak bila lagi?hihi
hurmmm~ aah..sedih..
sy nak tisu..tp sume dah jadi organ..huhuhu =p
hurmm~ apa2pun tahniah..agak kreatif berkongsi cerita ni..dengan menggunakan ikon buah2n tempatan..hihi
hurmmmm~
hubungan kita sesama manusia umpama hubungan tangan kiri dan kanan..kekadang tangan kiri kotor, tangan kanan pun kotor…
hurmmm~ kita bersihkan kedua-dua belah tangan itu dgn temukan dan bergeser antara satu sama lain.Itu yang kita buat semasa mencuci tangan.
dengan geseran dan kdg2 bantuan laluan air,kedua-dua tangan yg kotor itu jadi bersih kerana geseran itu rupanya “saling membersihkan”.
hurmm~ hikmah “geseran” dalam persahabatan.
hurmmm~
bila melihat kebaikan sahabat… rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah.
tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahan manusia.
itulah cara Allah menguji kita.,
utk buah cempedak..ada ibrah tuu atas apa berlaku..=)
utk penulis yg suka mkn buah epal..hihi..terima kasih berkongsi.. =)
okies!!
makan lah buah-buahan tempatan~~Semoge tabah cempedak..kisah ini turut dikongsi dr hati ke hati oleh suami~~Fad Zandra si stroberi..
ini adalah love story yg endingnye xmcm muvi melayu kt pawagam sbb pengarah dan penulis skripnya, Rabb yg berkuasa.
Nangka tu baik.. sy stuju.
Cempedak lg baik.. sy stuju.
Mgkin kita yg melihat dr tepi, x menyangka apa yg terjadi. Mgkin apa yg kita sangka, bkn spt apa yg terjadi.
Wallahua'lam.
kreatif betul..
kesian cempedak, tak sangka jugak..
tp ketentuan Allah tu mengatasi apa yg kita rncang n angankan..
apa yg Allah dh tentukan tu diluar pengetahuan dan kawalan kita, dan pastinya adalah yang TERBAIK
ujian hebat untuk hambaNya yg hebat, insyaAllah..
p/s: cempedak mmg bdk baik =)
adus... cempedak pown satu.. xmo cita... patul la sumting smell fishy =P
aku ingat kes ni cam cita p ramlee...
rupa2 bukan... ces.. membazir tenaga jari aku je bagi nasihat kat nangka, wang dan ringgit juga yg nangka jadikn ukuran...
hantu btul si nangka.... mentang2 ler nangka lagi mahai dari cmpdk...
topeng btul... plastik...
abg adib....duet dia bagi balik ke?
kepada cempedak.. bersabarlah ye.. u have right to redeem all your lost.. just claim it.. that is ur right! doesnt mater what she'll said... u have ur right... claim ur right!
melainkan dia x malu....
sblm ni aku win-win.. tapi cam dah senget!
we all on ur side!
abg adib.. tlg sampaikan kat cempedak ye!
hidup ni xseindah pelangi yg kte slalu harapkan. tp d kala hujan, pelangi akan muncul..di situ letaknya kemanisan hikmah yg dberi Allah..
(pertanyaan: kdg2 mmg ada wanita yg segan nk gi umah tunangnya..lg la pula ibu ayahnye xizinkan..cane nak gi?? selagi tnpa lafaz sakinah, segan sgt2 nk gi..cane tu?)
skrg ni durian mahal lagi la..mane nak cari?
Post a Comment