assalamualaikum semua..
lama tak jumpa korang..mesti korang pun dah lupa blog ni kan..eheh..
takde idea nak menulis..takde internet..takde masa..takde apa lagi agaknya ye..
aku pun tak tau nak tulis apa ni..bulan september hari tu langsung takde post..
teruja aku dengar pasal seorang alim zaman dahulu yang cuba menginsafi diri..cuba memperbaiki diri..dan yang paling penting cuba mendekatkan diri pada Ilahi..
bagaimana caranya tu..caranya ialah menghukum atau mendenda diri sendiri
orang alim tersebut dikatakan akan berpuasa satu hari keesokkan harinya seandainya hari ini dia ada mengumpat orang..
senang cerita..kalau hari ni dia mengumpat atau terumpat seseorang..esoknya dia akan berpuasa
begitulah nazar yang perlu ditunaikan
namun lama kelamaan..puasa telah menjadikan badannya lemah..akhirnya dia pun tukar nazar tersebut..daripada denda puasa..ditukar kepada denda sedekah beberapa dirham/dinar..
kerana sayangnya dia kepada dirham..akhirnya dia berjaya mengatasi masalah penyakit mengumpatnya..
moral di sini..bukan lah puasa tu menjadikan dia lemah..bukan juga nak kata dia ni suka mengumpat..jadi jangan salah anggap pula ye..eheh
jadi mungkin kita pun boleh mengikut jejak langkah di atas
kita cuba denda diri kita sendiri setiap kali melakukan kesalahan atau kesilapan sama ada terhadap manusia..mahupun terhadap Allah..
apa yang kita buat ini ialah..dengan harapan supaya sekiranya kita tak dapat menghentikan tabiat buruk kita..sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkannya
contohnya..setiap kali kita lewatkan waktu solat..sama ada sengaja atau tidak..kita denda diri kita..contohnya sedekahkan seringgit kat tabung masjid..cuba bayangkan kalau setiap hari kita lewat sampai lima kali..dah lima ringgit duit kita habis..lima ringgit tu boleh makan untuk tengah hari tau (tapi air suam je la..heheh)..
takkan kita nak abiskan duit kita macam tu saja kan..rasa rugi pula..betul tak..jadi untuk mengelakkan perkara ini berulang..apa penyelesaian kita..kena la solat awal waktu..senang je kan..eheh
di sini bukan nak kata sedekah tu memberatkan..tapi sebaliknya ia lebih kepada nak memperbaiki diri kita kepada lebih baik..
seolah-olahnya kita memperbaiki kesilapan kita dengan melalukan kebaikan juga..
itu sebagai satu contoh..mungkin banyak lagi contoh lain..
kalau rasa tak mampu nak sedekah..mungkin boleh cara lain..tak semestinya duit..mungkin buat solat taubat setiap hari..atau apa jua cara..asal kan kita dapat buat yang terbaik untuk diri kita..
semoga kita sentiasa cuba memperbaiki diri kita dari hari ke hari..
moral: denda untuk memperbaiki diri
voltox [5 zulkaedah 1432]



4 comments:
adakah voltox mula pakai kemeja kerana mendenda diri??
timbul persoalan kepada diriku ini... apapun, post yg menarik.. untuk sama2 menginsafi diri.
ada org yg sembahyang awal waktu, tapi malangnya solatnya tak terjaga..asalkan buat katanya..solat mcm ayam patuk tanah...mcm mana pula tu ye?
*emm apa pun, bagus la post en voltox nih..walaupun dah lama tak menulis, taring en voltox tetap x hilang..
salam en adib
lama x tgl komen cni...menarik sokmo post en adib...chaiyok lah..=)
hurmm~~ lamanyaaaaaa..hihi
apa pun menarik artikel awk kongsikan ni..tahniah!!
hurmmm~ sy stuju jg dgn konsep denda diri ni..
hurmm~ skrg ni ramai org ada gps...
contohnya, kalau kita nak gi sunway pyramid guna gps..
eventhough bergps..kdg2 kita masih lalai jgk..terlepas simpang atau tersilap simpang...apatah lg yg xde gps mcm sy ni..hihihi =p
maka..kita terpaksa lah u-turn kan diri kita..melalui jalan2 lain mahupun jalan yg sama dan berpatah semula utk smpai tmpt dituju..hurmmmm.
sesungguhnya kita ni slalu lalai..termasuk diri sy..
jom kita istighfar sama2 nak..
okies!!
slmt mendenda diri yee!!!=)
Post a Comment